Kejohanan Catur Cuti Sekolah PCNK 2020

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.

Kejohanan catur atas talian menggunakan platform Lichess.org.

Kawalan masa yang digunakan ialah 5 minit dengan increment 2 saat untuk setiap pusingan.

Penafian:

  1. Dengan mendaftar, setiap pemain bersetuju untuk mematuhi peraturan kejohanan, termasuk langkah-langkah pencegahan penipuan yang dikawalselia oleh Lichess.
  2. Jika sebuah perlawanan terhenti kerana terputus hubungan internet,  kegagalan fungsi komputer atau telefon bimbit, atau terputus bekalan elektrik, ia akan dikira sebagai kegagalan pemain. Jika pemain tersebut kalah satu perlawanan atas sebab-sebab yang dinyatakan, ia tetap akan dikira sebagai kalah.
  3. Setiap pemain yang berjaya memenangi hadiah akan diteliti terlebih dahulu selepas kejohanan tamat. Pemain yang didapati menyalahi peraturan oleh sistem Lichess akan hilang kelayakan.
  4. Jika anda bersetuju menyertai dan telah membaca dan memahami perkara 1, 2, 3 di atas, sila ambil langkah-langkah di bawah.

Untuk menyertai kejohanan ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Sila buat bayaran pendaftaran ke akaun Persatuan Catur Negeri Kelantan seperti berikut:

RHB ( 20305360012947 )

Bayaran pendaftaran:

  • Ahli Aktif PCNK ( RM10 )
  • Bukan Ahli ( RM15 ) 

2. Sila daftarkan akaun anda di http://lichess.org jika anda masih belum memilikinya.

3. Sila sertai Team PCNK Lichess di pautan https://lichess.org/team/pcnk . Tunggu sehingga penyertaan anda disahkan.

4. Isi borang di bawah dengan sempurna.

5. Pautan kejohanan dan kata laluan untuk menyertai kejohanan akan diberikan ke email yang di daftarkan.

Tarikh tutup penyertaan ialah 23 Disember 2020 pukul 6 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Azizul ( 019-6138802 ).

Semoga berjaya!

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.