Kejohanan Bakat Catur Online 2021

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.

Kejohanan catur atas talian menggunakan platform Lichess.org.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Akademi Catur Ariez Azman (ACAA) dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan.

Kawalan masa yang digunakan ialah 10 minit  untuk setiap pusingan.

Penafian:

  1. Dengan mendaftar, setiap pemain bersetuju untuk mematuhi peraturan kejohanan, termasuk langkah-langkah pencegahan penipuan yang dikawalselia oleh Lichess.
  2. Jika sebuah perlawanan terhenti kerana terputus hubungan internet,  kegagalan fungsi komputer atau telefon bimbit, atau terputus bekalan elektrik, ia akan dikira sebagai kegagalan pemain. Jika pemain tersebut kalah satu perlawanan atas sebab-sebab yang dinyatakan, ia tetap akan dikira sebagai kalah.
  3. Setiap pemain yang berjaya memenangi hadiah akan diteliti terlebih dahulu selepas kejohanan tamat. Pemain yang didapati menyalahi peraturan oleh sistem Lichess akan hilang kelayakan.
  4. Jika anda bersetuju menyertai dan telah membaca dan memahami perkara 1, 2, 3 di atas, sila ambil langkah-langkah di bawah.

Untuk menyertai kejohanan ini, sila ambil langkah-langkah berikut:

1. Sila buat bayaran pendaftaran ke akaun Persatuan Catur Negeri Kelantan seperti berikut:

RHB ( 20305360012947 )

Yuran penyertaan: RM5

2. Sila daftarkan akaun anda di http://lichess.org jika anda masih belum memilikinya.

3. Sila sertai Team PCNK Lichess di pautan https://lichess.org/team/pcnk . Tunggu sehingga penyertaan anda disahkan.

4. Isi borang di bawah dengan sempurna (Sila pastikan anda menekan butang ‘Hantar Borang‘ setelah siap, dan tunggu sehingga mesej ‘Borang pendaftaran telah selamat dihantar‘ dipaparkan).

5. Pautan untuk menyertai kejohanan akan diberikan ke email yang di daftarkan.

6. Sila ambil sekeping gambar ketika kejohanan berlangsung yang memaparkan dengan jelas pemain yang sedang bertanding.

Tarikh tutup penyertaan ialah 28 Januari 2021 pukul 6 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Coach Ariez ( 017-9808962 ).

Semoga berjaya!

Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.

.